SME Bank merekodkan pertambahan sukuk kelestarian dengan nilai keseluruhan kini mencecah RM536 juta. Inisiatif di bawah Fasa Kedua Pelan Hala Tuju Kelestarian Tiga Tahun (2021-2023) itu sekali gus melebihi jumlah awal yang ditetapkan iaitu RM300 juta.